Walau pernah terpalit najis dadah, Norlida tetap ‘sayang’ Zamani biarpun kini dah beranak-pinak

SUDAH mendirikan rumah tangga, seorang guru, Norlida Mohd. Ali kekal meminati penyanyi Zamani hingga ke saat ini.

Mengenali vokalis kumpulan Slam itu sejak dua dekad lalu, guru di Sekolah Menengah Teluk Kumbar 2, Pulau Pinang terus memberikan sokongan kepada pelantun lagu Gerimis Mengundang meskipun pernah terpalit dengan kontroversi 
gara-gara terbabit dengan najis dadah.

 

Walau pernah terpalit najis dadah, Norlida tetap 'sayang' Zamani biarpun kini dah beranak-pinak

Walau pernah terpalit najis dadah, Norlida tetap ‘sayang’ Zamani biarpun kini dah beranak-pinak

Image result for Zamani ‘dibenci’, Norlida tetap sayang

Image result for Zamani ‘dibenci’, Norlida tetap sayang

Image result for Zamani ‘dibenci’, Norlida tetap sayang

 

“Timbul rasa kesian apabila dapat tahu dia ditangkap pada 2015. Masa dia terlibat dengan 
kes itu, saya lihat dia sangat sedih. Saya dapat memahaminya.

“Terfikir sejenak ketika itu, kenapalah sampai begitu sekali dia diuji? Mungkin nasib dia tak berapa baik sehingga terlibat dengan kes macam itu dan kemudian kena tangkap. Saya memang sedih sangat waktu itu,” kongsi Norlida.

Pun, sebagai peminat, dia enggan mengalah. Kekal memberikan sokong, dia antara yang berbahagia apabila menyaksikan artis pujaan pulih semula seperti sedia kala.

“Alhamdulillah, Zamani sekarang sudah tidak macam dulu lagi. Dia pun makin ligat membuat persembahan. Saya suka dia bukan sebab ‘mahukan’ dia. Tetapi pada saya, suara 
dia yang lemak merdu itu buat kita terbuai-buai, seronok,” 
tutur wanita asal Bentong, Pahang ini.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu turut memberitahu kisah lucu mengenai gelagat keluarganya yang pada awalnya tidak menyukai Zamani.

“Anak-anak bila dengar lagu Zamani dekat radio atau di televisyen, mereka akan cepat-cepat tukar siaran ke lain. Mereka akan cakap ‘ni bekas teman lelaki mami’.

“Semua itu gara-gara suami yang suka mengusik kami sekeluarga sampaikan anak-anak memang tak minat langsung dengan Zamani.

“Tapi mujurlah suami seorang yang memahami sebab waktu sebelum kahwin lagi dia tahu saya pengumpul koleksi lagu-lagu Zamani. Sekarang anak-anak pun sudah hafal lagu Zamani,” jelasnya.

Detik tidak dilupakan, sudah tentu saat-saat pertama kali bertentang mata dengan Zamani pada 1996. Dia bagai berada di awang-awangan. Dia tidak pernah sangka akan diberi peluang untuk bertemu dengan penyanyi pujaannya itu di tempat kerja lama.

“Masa itu saya masih bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur. Masih teringat lagi waktu pertama kali berjumpa dengan dia yang kebetulan sedang menjalani sesi fotografi di pejabat saya.

“Dia seorang yang sangat pemalu. Satu yang saya 
perasan tentang dirinya, dia tidak akan menghulurkan 
tangan terlebih dahulu kepada peminat disebabkan terlalu malu.

“Dia bercakap dengan peminat pun sangat lemah-lembut dan merendah diri. Bila tiap kali ada majlis perjumpaan bersama kelab peminat, Zamani tetap tersenyum, tidak ada riak 
penat melayan kami,” tuturnya yang sering menghadiri persembahan yang dijayakan oleh Zamani.

Selain sanggup berhabis untuk menyokong acara hiburan melibatkan penyanyi itu, Norlida juga turut menyimpan koleksi peribadi Zamani.

“Dua puluh tahun lalu bahan hiburan yang popular mestilah kaset. Masa itu memang banyaklah saya beli kaset nyanyian Zamani dan apabila sudah beredar zaman, CD pula mula dijual.

“Memang saya menjadi pembeli tegar di kedai-kedai muzik setiap kali dia keluarkan album baharu.

“Sekarang, ada orang sanggup hendak membeli koleksi itu daripada saya. Harganya pun boleh tahan juga. Tetapi buat masa sekarang, saya rasa sayang pula untuk menjualnya,” katanya.

Selain itu, foto-foto kenangan serta keratan majalah atau suratkhabar yang ada wajah Zamani akan disimpan dalam sebuah album khas. Dalam sekian banyak lagu nyanyian penyanyi kesayangannya itu, paling terkesan di hati, ialah Jalan Keindahan, Suratan dan Kita Terpaksa Bermusuhan.

Sumber: Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post