Seorang wanita sanggup mengupah rakannya untuk memotong tangan dan kakinya sebelum berpura-pura dilanggar kereta api semata-mata bagi menuntut wang pampasan insurans.
Sanggup cacat demi wang
Bagaimanapun, ‘pengorbanan’ wanita itu sia-sia apabila tuntutannya ditolak syarikat insurans selepas helahnya dihidu polis.
Menurut media Vietnam, pada Mei lalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ly Thi N, 30, ditemui terbaring dalam keadaan tangan kiri dan kakinya putus berhampiran landasan kereta api di Hanoi.
Wanita itu ditemui seorang lelaki, Doan Van D yang kemudian menghubungi ambulans dan memberitahu polis dia tidak mengenali mangsa.
Namun, polis mula curiga apabila mendapati kenyataan lelaki itu yang berubah-berubah dan masalah yang dihadapi Ly Thi N.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW