Wanita selamba debik kepala ibu di klinik UTC ada masalah mental

EKORAN tersebarnya rakaman aksi seorang wanita mengasari seorang warga emas di Klinik UTC Sentul baru-baru ini, netizen di media sosial mengecam teruk tindakan pelaku di dalam video.

Wanita Pukul Warga Tua Di UTC Ada Masalah Mental

Wanita Pukul Warga Tua Di UTC Ada Masalah Mental

Wanita Pukul Warga Tua Di UTC Ada Masalah Mental

Rata-rata netizen melabelkan wanita berbaju merah itu seperti; ‘binatang’, ‘wanita tiada didikan agama’, ‘kurang kasih sayang’ dan tidak kurang juga ada yang ingin berjumpa dengan wanita itu untuk membalas dendam.

Baca artikel sebelum: Video kejadian di Klinik UTC sentul, wanita selamba debik kepala warga emas

Pelbagai lagi makian dan cemuhan diberikan netizen yang mana, sebahagiannya tidak sesuai dipaparkan kepada umum akibat penggunaan kata-kata kesat yang agak melampau.

Iyalah, siapa sahaja mampu bersabar selepas melihat perlakuan kurang ajar daripada wanita itu.

Namun, tahukah anda wanita berkenaan sebenarnya mempunyai masalah mental dan dipercayai merupakan anak tunggal kepada warga emas terbabit?

Wanita Pukul Warga Tua Di UTC Ada Masalah Mental

Wanita Pukul Warga Tua Di UTC Ada Masalah Mental

Wanita Pukul Warga Tua Di UTC Ada Masalah Mental

Menurut pengguna akaun Facebook Cik Adeq, dia mengatakan wanita berkenaan merupakan anak kandung kepada warga emas terbabit.

 

“Untuk pengetahuan semua, yang baju merah itu memang anak dia, tapi anak dia mempunyai masalah mental.

But still, tiada orang lain yang boleh membawa ibunya itu ke hospital selain daripada anaknya yang mental itu, siapalah kita nak judge anak dia dan mak dia,”tulisnya.

 

Manakala menurut Nisa Hamid, wanita berkenaan sememangnya mempunyai masalah mental namun, menurutnya ini kali pertama dia melihat wanita itu bertindak secara melampau.

 

“Dia memang sakit mental, dia duduk satu flat dengan saya, tetapi ini kali pertama saya lihat dia buat ibu dia macam tu, tak pasti sama ada di rumah di melakukan perkara yang sama,” katanya.

 

Maka jelaslah di sini di mana wanita itu bukan sengaja hendak berlaku kasar terhadap ibunya dan orang ramai dinasihatkan agar tidak ‘menghakimi’ wanita istimewa ini secara membabi buta.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post