Zarina Anjoulie selamat lahirkan bayi lelaki di Brunei

Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, di Brunei.

Zarina ketika dihubungi berkata, sebelum ini dia menyangka anak sulungnya yang dilahirkan di sebuah hospital di Brunei itu perempuan.

“Saya belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya lelaki,” katanya.

Zarina Anjoulie selamat lahirkan bayi lelaki di Brunei

Zarina Anjoulie selamat lahirkan bayi lelaki di Brunei

Pelakon drama bersiri Anak Pontianak itu turut berkongsi berita kelahiran di akaun Instagram bersertakan gambar bayinya.

“Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya,” katanya di Instagram.

Zarina kini menetap di Brunei selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tahun lalu.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post