Anak Azharina baru 2 tahun dah dapat hadiah MPV sempena hari lahir

Penyanyi Azharina tidak menyangka anak lelakinya Rahmat Azharin Aziz yang baru berusia dua tahun dihadiahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sempena ulang tahun kelahirannya, hari ini.

Anak Azharina

Anak Azharina

Anak Azharina

Azharina, 31, berkata, hadiah itu diberikan sahabat baiknya dan dia terkejut apabila kenderaan itu dihantar ke rumahnya sebagai hadiah kepada Rahmat sempena hari jadinya yang disambut hari ini.

“Saya tak pernah meminta untuk mendapatkan hadiah itu dan hingga sekarang saya masih terfikir mengenai perkara itu. Kadang-kadang timbul rasa malu jika orang beranggapan sebaliknya.

“Apa pun saya percaya ini adalah rezeki anak dan takkan nak menolak pula,” katanya.

Bagaimanapun, Azharina enggan mendedahkan harga dan model kenderaan itu.

Menurut Azharina yang popular menerusi lagu Elergi Sepi, setakat ini kenderaan itu adalah hadiah termahal yang pernah diberikan kepada anaknya, malah dia sendiri tidak pernah menerima hadiah semewah itu.

“Saya memiliki beberapa buah kereta dan semuanya dibeli hasil titik peluh sendiri. Sepanjang hidup saya, belum pernah mendapat hadiah mewah, tetapi Rahmat yang baru berusia dua tahun sudah ada yang memberikannya hadiah sebegitu. Insya-Allah saya akan menjaga pemberian orang itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Buat masa sekarang, kenderaan yang dihadiahkan itu digunakan Azharina untuk membawa anaknya bersiar-siar.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post