Ayah mengaku bunuh anak dengan kayu besbol kerana cemburu perhatian orang sekeliling terhadap anaknya

SEORANG bapa mengaku bersalah atas dakwaan membunuh anak perempuannya menggunakan pemukul kayu besbol hanya gara-gara cemburu dengan perhatian yang diberikan orang ramai terhadap anaknya itu.

Bapa Mengaku Bunuh Anak Sebab Cemburu

Bapa Mengaku Bunuh Anak Sebab Cemburu

Ryan Lawrence; 25, dari New York, Amerika Syarikat mengaku membunuh anaknya, Maddox; 1, pada Februari lalu kerana cemburu dengan perhatian yang diberikan orang sekeliling terhadap anaknya yang menghidap penyakit kanser mata.

Dia mengaku memukul anaknya itu sebelum membuang mayat mangsa dalam tempat pendiangan api di Onondago.

Mayat Maddox ditemui pihak polis selepas tiga hari dia dilaporkan hilang.

Kehilangan Maddox disedari ibunya, Morgan Lawrence yang kemudiannya mengesyaki suaminya menjadi dalang di atas kehilangan anaknya itu.

Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan susulan itu polis mula mengekori pergerakan Ryan sehingga suspek akhirnya mengakui dia membunuh anaknya dan menunjukkan di mana mayat anaknya disembunyikan.

Ryan akan dijatuhkan hukuman bulan hadapan dan dia bakal berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan selama 25 tahun di atas kesalahannya itu.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post