Bapa dan anak meninggal dilanggar Go-Kart ketika perlumbaan Go-Kart

Dua beranak maut manakala beberapa yang lain cedera selepas dilanggar ketika perlumbaan Go-Kart EIMARACE di Jalab Sukpa, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi tadi, mangsa lelaki berusia 30-an bersama anak perempuannya berusia 4 tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan go-kart yang dikatakan hilang kawalan.

Bapa dan anak meninggal dilanggar Go-Kart ketika perlumbaan Go-Kart

Bapa dan anak meninggal dilanggar Go-Kart ketika perlumbaan Go-Kart

Bapa dan anak meninggal dilanggar Go-Kart ketika perlumbaan Go-Kart

Difahamkan kenderaan itu hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh mangsa.

Seorang penonton Said Ishak, 56, memberitahu mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post