Bekas leader Perlaking meluahkan kekecewaaannya dengan pengasas produk tersebut berikutan merasakan dirinya ditipu oleh individu berkenaan.
Bekas leader Perlaking dedah perangai sebenar Safiey Illias
Dia mendakwa pengasas jenama terbabit, Safiey Illias tidak bersikap profesional dan jujur kepada agen-agen stokis sehingga menyebabkan kebanyakan dari mereka mengalami kerugian besar.
Jom ikuti luahan daripada seorang pengadu yang tidak ingin mendedahkan identiti sebenarnya ini.
SALAM, saya nak membuat pengakuan mengenai sikap sorang jutawan kosmetik bernama SAFIEY ILLIAS ni.
Untuk pengetahuan semua, aku adalah salah seorang daripada 200 lebih bekas LEADER PERLAKING dulu. Awal-awal join sebagai leader ni memang kami semua bersemangat sebab kagum dengan si SAFIEY ni.Tapi bila dah lama sikit bekerjasama dengan dia, barulah kami tahu perangai sebenar dia.
Anda yang sering sanjung dia sebab pandai bisnes ni memang akan sanjung sebab anda tak merasa apa yang kami rasa dan apa yang kami tahu. Aku tak nak ulas pasal dia nak jadi pondan balik itu masalah dia.
Tapi aku yakin hati dia tak tenang adalah mungkin juga disebabkan oleh pengkhianatan dia terhadap bekas-bekas leader perlaking sebelum ini, anda nak tahu apa yang kami alami? Baca di bawah:
1. Semasa kami jadi leader kami bayar sebanyak hampir RM6,000 dan dapat stok Perlaking. Saya dapat stok perlaking RM70 sekotak dan harga jual ialah RM120 sekotak. Dia (Safiey) berjanji pada kami yang dia takkan tolak Perlaking ini kepada pemborong kerana nak jaga leader.Tetapi rupa-rupanya die tipu dan khianat semua leader dan kantoi bahawa dia telah jual Perlaking kepada pemborong dengan harga yang teramat murah sehingga RM30 ke bawah untuk sekotak. Saya bersumpah demi ALLAH bahawa ini saya tak tipu, tanyalah pada leader yang lain.
2. Selepas wujud isu main harga produk Perlaking di media sosial, si Safiey ni menyalahkan Leader apabila takde sale dibuat. Dia selalu tekankan supaya jangan main harga jangan jual murah. Padahal dia sendiri yang jual pada pemborong dan dia sendiri yang bermain harga sekejap promosi dan sekejap naik harga sampaikan kami para leader bergaduh dengan dropship dan agen yang telah ambil stok barang dengan harga yang mahal pastu tetiba suruh jual murah sampaikan ada agen dan dropship tak akan dapat untung.Yang ini memang sangat celaka, sangat jelas bahawa dia sangat-sangat pentingkan diri.
3.Yang ketiga ni pasal perangai dia, sebenarnya orang tak suka dia bukan kerana dia pondan atau tak tetapi adalah kerana perangai dia. Dia memang takkan dengar cakap dan teguran orang walaupun dia jelas salah sebaliknya dia akan salahkan para leader kalau ade apa-apa yang berlaku. Korang bayangkan isu main harga yang sebenarnya dimulakan oleh dia tapi kami yang dipersalahkan! Mulut dia suka mencarut maki hamun dalam group whatssap leader, bila kami tegur atau bagi cadangan sikit sangat angkuh tak nak dengar.
4. Korang bayangkan ada kalangan leader ni rugi puluhan ribu ringgit kerana isu main harga dan isu jual pada pemborong. Kami terpaksa jual semula perlaking bodoh tu pada harga di awah harga modal. Kami rugi beribu ringgit disebabkan oleh kesalahan dia dan sikap penting sendiri dia. Ada juga ibu tunggal yang rugi lebih RM20 ribu sebab dia langsung tak peduli nasib para leader, yang dia peduli hanyalah leader top sahaja itupun dah senyap dah sekarang maybe dah tak ngam.
Aku nasihatkan korang yang ade hasrat nak join atau kerjasama dengan dia untuk projek terbaru dia nanti, supaya elakkan join. Korang tak payah nak termakan sangat dengan kejayaan tak berkat dia tu. Korang memang akan nampak status facebook dia penuh dengan nasihat dan kata-kata yang positif, haha, celakalah, korang tak tahu lagi perangai sebenar dia sangat jauh menyimpang dari apa yang korang baca kat Facebook tu.
Aku bersumpah aku takkan halalkan duit aku yang rugi kerana apa yang dia dah buat pada kami semua. Aku akan tuntut kat akhirat kelak. Dia dah makan banyak duit haram para leader ni. Walaupun kami merayu macam mana pun dia takkan peduli sikit pun.
Dulu masa berhijrah jadi lelaki seiiring dengan pelancaran produk PERLAKING lalu meletuplah produk perlaking tapi meletop pun sekejap je.
Sekarang nak jadi pondan balik dan sedar tak sedar kalau korang tahulah dia nak lancarkan produk baru, skincare dan lain-lain dalam masa terdekat ni, alih-alih tetiba nak tarik perhatian netizen pulak?
Aku tak tahulah dia hanya bergurau atau tak nak jadi pondan balik, tapi hakikatnya bagi aku ini semua adalah stratgei marketing bodoh dia. Kau nak buat dosa tak payah nak canangkan satu dunia.
Dengan rasa bertanggungjawab aku nasihatkan kepada semua masyarakat kat luar sana yang duk sanjung sangat keupayaan dia berbisnes supaya jangan cepat termakan dengan cara dia nak tarik korang dengan KERETA MEWAH dan sebagainya.
Dia diuji dgn kemewahan sebab tu dia mampu nak jadi pondan yang bermewah bedah sana sini. Kalau Allah tarik semua kemewahan dia barulah dia tahu mcm mana.
Apapun akau doakan dia supaya terus dapat petunjuk dan hidayah supaya ubah perangai dan minta maaf kepada semua leader dan pulangkan balik semua duit yang kau ambil dari leader yang kau aniaya.
Aku mohon korang semua kongsikan kan post ini supaya semua org tahu dan tak termakan dan join bisnes dia. Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa semua yang aku beritahu ni adalah BENAR.
Yang Teraniaya,
Bekas Leader Perlaking
Sumber: Mynewshub.cc
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW