Berpuluh rakyat Malaysia meringkuk dalam pusat tahanan imigresen Australia akibat ditipu sindiket petik buah

Seramai 34 orang rakyat Malaysia meringkuk di pusat tahanan imigresen Australia akibat tertipu dengan sindiket petik buah, dedah NGO Bersih Sydney.

Ditipu sindiket petik buah, berpuluh rakyat Malaysia meringkuk di Australia

Ditipu sindiket petik buah, berpuluh rakyat Malaysia meringkuk di Australia

Berdasarkan kenyataan di laman Facebook rasmi mereka, jurucakap pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, rakyat Malaysia tersebut ditahan selepas ditangkap bekerja sebagai pemetik buah di ladang beri biru di Coffs Coast tanpa visa sah.

“Mereka menjadi pekerja haram di negara berkenaan selepas tertipu dengan skim penipuan memetik buah yang semakin berleluasa,” katanya.

Menurutnya, ejen yang beroperasi di Malaysia menggunakan nama syarikat pelancongan mendakwa boleh membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan sebagai pemetik buah-buahan di Australia dengan bayaran serendah RM3,999.

Selain itu, mereka turut mendakwa menyediakan tambang kapal terbang, perbelanjaan hotel , permohonan visa, penginapan dan pengangkutan.

“Ejen berkenaan mengelirukan rakyat Malaysia yang berminat dengan mendakwa visa pelancongan atau visa pelajar memadai bagi membolehkan mereka bekerja di Australia,” katanya.

Namun, sebaik sahaja pekerja itu ditangkap, ejen terus lepas tangan manakala mangsa sendirian menanggung hukuman di Australia selain diusir pulang.

Bersih Sydney telah dihubungi NGO kebajikan Kristian, Salvation Army Australia, bagi membantu rakyat Malaysia termasuk dua di bawah umur yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Melbourne.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia juga mengeluarkan amaran berhubung penipuan itu dan menasihatkan orang ramai supaya memohon visa secara sah sekiranya berminat bekerja di negara berkenaan.

“Permohonan visa itu dilakukan secara haram melalui sistem Electronic Travel Authority,” kata jurucakapnya dilapor Harian Metro sambil menambah sistem visa elektronik itu tidak memberi kebenaran untuk bekerja di Australia.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post