Biodata Saharul Ridzwan, seorang pelakon dan model Malaysia

Inilah biodata Saharul Ridzwan  atau lebih dikenali sebagai Syarul Ridzwan (lahir 26 Januari 1989) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu. Pada Mac 2016, beliau menjenamakan semula dirinya sebagai Saharul Ridzwan, sambil menyatakan bahawa nama Syarul Ridzwan sebagai sebahagian daripada proses kematangan usianya.

Berikut biodata Saharul Ridzwan:

Biodata Saharul Ridzwan

Biodata Saharul Ridzwan

Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim

Tarikh Lahir: 26 Januari 1989 (27 tahun)

Tempat lahir: Kuantan, Pahang Pahang, Malaysia Malaysia

Tempat tinggal: Kuala Lumpur

Warganegara: Malaysia

Etnik: Melayu

Pendidikan: Diploma in Aircraft Maintenance Technology

Pekerjaan: Pelakon, model

Tahun aktif: 2013 – kini

Terkenal kerana: Romi Cinta Julia, Hati Perempuan dan Kau Aku Kita

Agama: Islam

 

Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Syarul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).
Saharul pada majlis pengumuman finalis Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) di Hotel Royal Chulan.
Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Syarul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan “trending” di twitter hampir setiap hari.

Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.

Syarul akan muncul dengan drama baharu iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang bakal menemui peminat sekitar bulan Ramadhan tahun 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya pada Aidilfitri 2016.

Beliau kali pertama muncul drama dan filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli & Hantu Rumah Sakit Jiwa watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey & Fizz Fairuz bakal ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

 

Sumber: Wiki



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post