Dakwa ditempatkan bersama 15 tahanan lain termasuk warga Myanmar dalam lokap yang kecil dan buruk, Namewee diminta buat laporan polis

Pengarah video dan penyanyi, Namewee diminta supaya membuat laporan polis berhubung dakwaannya terhadap keadaan Lokap Berpusat, Bayan Baru.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci ke atas dakwaan Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee kononnya keadaan lokap itu teruk, buruk dan daif.

 

Dakwa ditempatkan bersama 15 tahanan lain termasuk warga Myanmar dalam lokap yang kecil dan buruk, Namewee diminta buat laporan polis

Dakwa ditempatkan bersama 15 tahanan lain termasuk warga Myanmar dalam lokap yang kecil dan buruk, Namewee diminta buat laporan polis

 

 

Menurutnya, polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai di lokap berkenaan.

“Lokap itu mampu menempatkan mereka yang ditahan mengikut saiznya dan jika ada tahanan yang sakit atau tidak sihat mereka akan dihantar ke hospital. Lokap itu mampu menempatkan 280 tahanan dalam satu masa dan mempunyai pelbagai saiz bilik. Jika benar dakwaannya itu, saya minta dia buat laporan polis supaya senang kita nak siasat.

“Saya tidak tahu mengapa dia membuat dakwaan seperti itu kerana sepanjang dia ditahan, polis memberi layanan yang baik kepadanya. Apa yang dia tidak puas hati sangat dengan kita (polis)? Polis mengambil berat tentang keadaannya kerana dia mempunyai masalah kesihatan iaitu ulser pada perutnya,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, di sini hari ini.

Sebelum ini, melalui laman Facebooknya, Namewee dikatakan menulis tentang lokap yang ditempatkannya.

Melalui penulisannya pada 27 Ogos lalu itu, dia mendakwa ditempatkan bersama 15 tahanan lain termasuk warga Myanmar dalam bilik lokap yang kecil dan buruk.

Dia turut mendakwa terdapat tahanan warga asing yang mungkin meninggal dunia tanpa diberikan rawatan perubatan diperlukan.

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata, kertas siasatan berhubung kes video klip yang diterbitkan Namewee masih diteruskan.

Menurutnya, sehingga kini, 15 orang telah direkodkan keterangan termasuk Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

“Kertas siasatan itu sebelum ini telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya dan mereka serah kembali kepada kita bagi melengkapkan siasatan termasuk merekodkan keterangan beberapa pihak lagi. Kita mengambil kenyataan mufti untuk mengetahui sejauh mana kes itu menghina agama Islam.

“Polis diberi sebulan untuk  melengkapkan kertas siasatan dan dijangka ada beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Namewee diperintah Mahkamah Majistret  untuk ditahan reman empat hari sehingga 25 Ogos lalu.

Sebelum ini, Namewee dikatakan merakam video berdurasi lebih empat minit bertajuk ‘Oh My God’.

Klip video berkenaan didakwa dirakamkan sekitar kawasan termasuk tokong Cina, masjid serta beberapa lokasi tarikan pelancong.

Dalam klip video berkenaan terdapat empat lelaki berpakaian mengikut agama termasuk paderi, sami Buddha dan orang Islam yang lengkap berpakaian jubah dan berserban dan lagu dinyanyikan berentak Rap itu turut dirakamkan di dalam kawasan Masjid Terapung, Jalan Tanjung Bungah, di sini.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post