Enggan beri duit, 2 pembuli lumur ubat gigi ke dalam mata seorang pelajar perempuan

Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Senawang, di sini, cedera di mata akibat dibuli rakan sekelas yang melumurkan ubat gigi ke dalam matanya.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi kelmarin, K. Aknishway, 17, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, akibat kedua-dua matanya bengkak dan tidak boleh dibuka sejurus selepas kejadian.

pembuli lumur ubat gigi ke dalam mata

2 pembuli lumur ubat gigi ke dalam mata seorang pelajar perempuan

Mata bengkak dilumur ubat gigi

Mata pelajar berkenaan dikatakan dilumur ubat gigi kerana enggan memberi wang diminta dua pelajar lelaki.

Pelajar lelaki berkenaan juga dikatakan  sering memeras ugut mangsa dengan meminta wang.

Bapa mangsa, A. Krishnan, 64, berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu selepas guru sekolah memberitahu anaknya dibawa ke hospital.

“Saya terus ke hospital dan mendapati kedua-dua mata anak saya bengkak dan tidak boleh dibuka. Bila saya tanya cikgu macam mana boleh jadi macam ini, mereka tidak boleh jawab,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian pun, anaknya juga pernah beritahu dia seringkali menjadi mangsa buli pelajar berkenaan.

“Mereka selalu pukul anak saya, peras ugut minta duit, koyak beg, buku dan banyak lagi. Tak sangka pula mereka sanggup bertindak keterlaluan melumur ubat gigi ke dalam mata anak saya.

“Sekarang mata anak saya masih bengkak dan penglihatan kabur, siapa mahu bertanggungjawab,” katanya di sini, semalam.

Kesal dengan kejadian itu, Krishnan membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell dan Pusat Khidmat Dun Senawang di sini semalam.

Dia turut berharap pihak sekolah dan polis dapat mengambil tindakan terhadap pelajar terlibat.

“Kejadian buli ini tidak sepatutnya berlaku dalam sekolah. Guru-guru sepatutnya memantau pelajar terutamapelajar yang mempunyai masalah disiplin.

“Saya berharap pihak sekolah dapat memberi penjelasan tentang perkara ini dan bertanggungjawab terhadap kecederaan dialami anak saya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab Jalil berkata, pihaknya memandang serius kejadian berkenaan.

Ketika dihubungi Sinar Harian semalam, Rusni berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dalaman berhubung kejadian itu mengikut prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

“Pihak kami merasa sedih dengan nasib menimpa pelajar berkenaan. Tindakan sewajarnya akan diambil sebaik saja siasatan selesai dan selepas laporan perubatan diterima dan diteliti,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post