Hirisan lemon sama kotor seperti tandas, amalan detox hirisan lemon berbahaya?

Hirisan lemon dalam minuman dan makanan semestinya menaikan lagi rasa sekaligus menyegarkan. Lebih – lebih lagi tambahan tersebut mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tapi tahukah hirisan lemon tersebut sebenarnya merbahaya?

Hirisan lemon sama kotor seperti tandas, amalan detox hirisan lemon berbahaya?

Menurut sumber, dalam satu hiris lemon terdapat banyak bakteria yang berpotensi menyebabkan penyakit merebak, malah ada yang mengatakan dan menganggap hiris lemon sama kotor seperti tandas.

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Enviromental Health pada 2007 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus hiris lemon yang digunakan di 21 restoran yang berbeza mngandungi 25 mikroba yang berbeza.

Perkara ini berkemungkinan disebabkan lemon tersebut dipegang, dibelek, dipotong dan kemudian dimasukkan ke dalam gelas. Dan jelas sekali kuman merebak dengan mudah melalui aktiviti tersebut.

Oleh itu, elakkan memasukkan hirisan lemon ke dalam minuman anda. Ambil langkah berjaga – jaga dengan hanya mengambil jusnya sahaja bukan hiris lemon.

Sumber Express.co.uk. Foto kristinamelina.com.

Oleh Razzlyn Rosli.

Terbakor: Ulasan ini hanya perkongsian sahaja dan tidak semestinya melambangkan pendapat peribadi kami. Kami pun pelik jugak tiba-tiba keluar fakta (atau auta) yang macam ni. 

Via: Saja Kongsi



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post