Indonesia tuntut RM1.8 bilion dakwa Google peroleh keuntungan tinggi daripada pengiklannya

Kerajaan Indonesia dijangka memungut beberapa trilion rupiah daripada Google Asia Pacific Pte Ltd berpangkalan di Singapura kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak sejak lima tahun lalu, lapor The Jakarta Post hari ini.

Memetik Ketua Pejabat Cukai Khas Jakarta, Muhammad Haniv, akhbar itu berkata, syarikat teknologi berkenaan didakwa memperoleh pendapatan tinggi daripada pengiklan Indonesia tanpa membayar cukai yang sepatutnya.

Indonesia tuntut RM1.8 bilion dakwa Google peroleh keuntungan tinggi daripada pengiklannya

Indonesia tuntut RM1.8 bilion dakwa Google peroleh keuntungan tinggi daripada pengiklannya

“Jika Google menjana pendapatan dari Indonesia, ia perlu membayar cukai. Adalah tidak bermoral jika Google enggan berbuat demikian,” katanya.

Laporan itu berkata, syarikat berkenaan boleh didenda sehingga Rp5.5 trilion (RM1.5 bilion) untuk 2015 sahaja.

Muhammad Haniv berkata, syarikat itu juga disyaki enggan diaudit negara itu mengenai obligasi cukai yang boleh membawa kepada tuduhan jenayah mengikut Undang-Undang Cukai 2009 jika penyiasat menemui bukti mencukupi.

Penyiasat agensi itu menganggarkan pendapatan Google Asia Pacific dari Indonesia tahun lalu, berjumlah lebih RM1.8 bilion.

Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa percukaian Indonesia sebelum ini mengesahkan sebuah syarikat bebas di Indonesia, PT Google Indonesia, melaksanakan kerja di bawah arahan Google Asia Pacific dengan

PT Google Indonesia menerima tiga peratus daripada pendapatan atau pembayaran balik Google Asia Pacific.

Jumaat lalu, Menteri Kewangan Sri Mulyani berkata, Indonesia komited memburu Google serta syarikat sepertinya dan memaksa mereka mematuhi peraturan cukai tempatan.

Sementara itu, Google dilaporkan berkata, ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

1 Comments

Previous Post Next Post