Islam itu mudah, tapi kadang-kadang manusia yang menyukarkannya. Kalau kita amalkan Islam ikut hukum syarak seperti yang tertulis dalam Al-Quran dan As-Sunnah, pasti takkan rasa susah berbanding kalau ikut adat dan budaya masyarakat.
solat tak pakai telekung
Baru-baru ini timbul isu seorang wanita ditegur kerana menunaikan solat tanpa memakai telekung. Yang menegur adalah orang berpangkat ‘mak cik’ dan jemaah surau pulak tu. Salah ke apa yang dia buat tu sebenarnya?
Ditegur Sebab Tak Pakai Telekung!
Kisahnya, isteri lelaki ini menunaikan solat di sebuah surau tanpa memakai telekung kerana pakaian yang dipakainya ketika itu sudah menutup aurat. Namun, tindakannya itu ditegur oleh jemaah wanita lain yang merasakan tidak sepatutnya dia menunaikan solat tanpa memakai telekung.
Bukan itu saja, rupanya seorang mak cik telah merakam video wanita tersebut solat sejak rakaat kedua lagi. Mak cik tersebut turut mengugut untuk menyebarkan video itu ke group WhatsAppnya! Peristiwa ini turut terjadi kepada seorang pelajar yang menuntut di Mesir suatu ketika dahulu.
Pelajar Ni Pun Pernah Kena Benda Yang Sama…
Telekung Bukan Rukun Wajib Solat!
Sumber: Oh Bulan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW