Dua agensi kesihatan Singapura, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengesahkan 38 kes baru jangkitan Zika semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 189 kes setakat ini.
Memetik laporan Berita Mediacorp, 34 kes dikaitkan dengan kelompok Aljunied Crescent/ Sims Drive/ Kallang Way/ Paya Lebar Way manakala empat lagi kes tiada kaitan dengan mana-mana kelompok tersebut.
Namun, keduanya tidak memberikan perincian mengenai lokasi bagi keempat-empat kes tersebut.
Menurut NEA setakat sehingga 1 September, 55 tempat pembiakan nyamuk merangkumi 30 di rumah dan 25 di ruang awam atau premis lain telah dikesan dan dihapuskan.
NEA juga bekerja rapat dengan para anggota Pasukan Bertindak Denggi Silang Agensi untuk menjalankan langkah-langkah kawalan vektor di premis dan bangunan masing-masing seperti sekolah, tapak binaan dan longkang lebuh raya.
“Pemilik premis perlu menjalankan langkah kawalan vektor dengan kerap dan menjaga kebersihan premis masing-masing pada setiap masa bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.
“Para penduduk juga perlu memainkan peranan mereka dengan mencegah pembiakan nyamuk di rumah mereka dengan melakukan lima langkah Mozzie Wipeout,” katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW