Bapanya, Anuar Mahat, 54, berkata, anaknya, Saziila Anuar, 12, ketika ini hanya terlantar di rumahnya di Kampung Tekam, Pogoh dekat sini, selepas mene­rima rawatan di dua buah hospital.

Kata Anuar, dia tidak sampai hati melihat kaki anaknya dipotong dan meminta ditangguhkan buat sementara waktu.

“Anak saya dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) pada pagi 27 Julai lalu kerana me­ngalami demam serta mengadu sakit perut selepas minum susu yang diberikan oleh pihak sekolah pada hari sebelum­nya.

“Pada masa itu dia berada da­lam keadaan lemah, namun masih mampu bercakap serta mengingati apa yang dia minum di sekolah, tetapi selepas diberi­kan­ ubat pada 28 Julai lalu, anak saya tidak sedarkan diri dan koma selama lima hari.

“Kemudian anak saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di HDS selama lebih dua minggu,” katanya ketika ditemui di rumah­nya, baru-baru ini.

Anuar berkata, selepas sedar daripada koma, dia mendapati sebahagian kaki dan tangan anak­nya menjadi hitam seperti terbakar hingga doktor yang mera­watnya mengambil keputusan untuk memotong kaki kiri Saziila, namun dia enggan membenarkan.

Menurutnya, selepas dua ming­gu dirawat di HDS, anaknya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru selama 10 hari sebelum kembali ke HDS selama dua minggu sehingga dia meminta membawa anaknya pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Anuar yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu terpaksa menanggung kos perubatan, lampin pakai buang serta susu formula khas yang membabitkan perbelanjaan melebihi RM500 sebulan.

Menurut Anuar, dia dan iste­rinya, Shamsiah Md. Top yang bekerja sebagai pengawal ke­se­lamatan ber­gilir-gilir menjaga Sa­ziila yang tidak boleh ditinggalkan sen­­diri­an selain di­ban­tu anak ke­du­a­­nya, Sa­hi­ra untuk me­nguruskan adik­nya­.

“Saya menaruh harapan agar tidak ada bahagian ang­gota badan anak bong­su saya perlu dipotong, serta dia sembuh segera dan boleh meneruskan persekolahan seperti rakan-rakannya yang lain bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang guru.

“Saya juga mengharapkan bantuan serta kerjasama daripada pihak berkaitan bagi menunjukkan jalan apa yang perlu saya lakukan bagi menyekolahkan semula anak saya selepas dia sembuh nanti,” katanya.

Menurutnya, disebabkan ke­adaan kesihatannya, Saziila tidak dapat menduduki Ujian Pencapai­an Sekolah Rendah (UPSR) yang berakhir Khamis lalu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 012-7097509 atau menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank milik Anuar Mahat bernombor 101058212027.