Kanak-kanak kanser rongga hidung, Ummu Najwa Nasuha meninggal dunia

Kanak-kanak yang menderita kanser rongga hidung, Ummu Najwa Nasuha, 4, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, jam 2.40 pagi tadi.

Ummu Najwa Nasuha meninggal dunia

Ummu Najwa Nasuha

Kanak-kanak kanser rongga hidung meninggal dunia

Bapanya, Mohd Zulkifli Che Noh, 27, berkata anaknya meninggal dunia selepas dibawa mendapatkan rawatan kerana tidak dapat makan dan minum dengan sempurna.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chat, Gelang Mas, Pasir Mas selepas solat Jumaat, hari ini.

Kisah Ummu Najwa yang menghidap kanser rongga hidung atau Naso-Pharyngeal Carcinoma sejak Julai lalu, disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini.

Kanak-kanak itu hanya terlantar di rumahnya dan menerima rawatan alternatif selepas dimaklumkan peluang untuk hidup hanya 50-50 jika menjalani pembedahan.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post