Kenapa Sultan Johor terlalu keras pada Tun Mahathir dalam isu Bangsa Johor?

Kenapa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar begitu keras terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Bangsa Johor?

Soalan itu mungkin bermain di minda kebanyakan orang selepas beliau meminta bekas perdana menteri tutup mulut daripada membuat kenyataan liar, selain menyifatkan Mahathir berkeliaran memecah belah rakyat.

Kenapa Sultan Johor terlalu keras pada Tun Mahathir dalam isu Bangsa Johor?

Kenapa Sultan Johor terlalu keras pada Tun Mahathir dalam isu Bangsa Johor?

Dalam wawancara dengan New Straits Times hari, beliau berdepan soalan sama: Kenapa tuanku begitu keras terhadap Mahathir?

“Sesiapa yang tidak tahu sejarah atau latar belakang isu tidak patut bercakap dengan pihak berkuasa (berkaitan isu itu).

“Seperti saya cakap sebelum ini, Bangsa Johor bukan ciptaan baru, dan tujuannya sentiasa untuk perpaduan, bukan perpecahan.

“Idea itu telah terbukti berjaya berkali-kali,” jawabnya.

Mahathir dalam satu forum berkata semangat kebangsaan Johor tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.

Sementara itu, ditanya sama ada parti politik baru pimpinan tokoh Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memecahbelahkan orang Melayu, Sultan Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri urusan politik.

“Saya hanya mahu satukan semua bangsa Johor. Bukan sebaliknya. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya.

Muhyiddin kini menerajui Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas dipecat Umno.
kerana lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan ‘derma’ ke akaun peribadinya.

Mahathir dilantik penasihat parti serpihan Umno itu.

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post