Lima beradik berhenti kerja jadi bomoh dapat ilmu dari mimpi, keturunan datang dalam mimpi ajar ubatkan orang

Lima beradik berhenti kerja jadi bomoh berkat ilmu yang didakwa diperolehi melalui mimpi, mereka dikatakan berjaya mengubat pesakit yang terkena sihir.

Walau ibu bapa lima beradik ini bukan pengamal perubatan tradisi, abang sulung mereka Mohd Farizal Ibrahim mendapat ilham daripada mimpi waris keturunannya, lapor Harian Metro.

Lima beradik berhenti kerja jadi bomoh dapat ilmu dari mimpi, keturunan datang dalam mimpi ajar ubatkan orang

Lima beradik berhenti kerja jadi bomoh dapat ilmu dari mimpi, keturunan datang dalam mimpi ajar ubatkan orang

“Saya hanya memperoleh ilmu bagi merawat penyakit misteri ini kira-kira setahun lalu selepas keturunan kami datang melalui mimpi lalu mengajar saya beberapa ilmu amalan yang perlu dipraktikkan bagi melawan sihir dan saka.

“Ilmu berkenaan diamalkan lalu diajar pula kepada adik beradik lain dalam merawat pesakit dengan menggunakan ayat suci al-Quran dan melakukan zikir.

“Pesakit hanya perlu menyediakan beberapa bahan mengikut jenis penyakit dihidapi mereka,” katanya seperti dilaporkan.

Kini lima beradik dari Kampung Pondok Labu Keladi di sini berhenti kerja untuk memberi tumpuan pada kegiatan perbomohan.

Selepas mendapat mimpi tersebut, Farizal mendakwa berjaya mengubati rakan yang mengidap sejenis penyakit misteri selepas beberapa kali rawatan dalam tempoh beberapa minggu.

Seorang pelanggan Abdul Rahim Pit berkata isterinya yang menderitai penyakit ganjil, seperti sering pengsan dan macam dirasuk, selama tujuh tahun dilaporkan beransur-ansur sembuh.

Sumber: Projek MMO Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post