Maut digilis trem, padah wanita ini berjalan sambil main telefon

Kelekaan seorang wanita menggunakan telefon ketika sedang berjalan, membawa padah apabila dia maut digilis sebuah trem di ibu negara Rusia, baru-baru ini.

Maut digilis trem, padah wanita ini berjalan sambil main telefon

Maut digilis trem, padah wanita ini berjalan sambil main telefon

Insiden yang dirakamkan oleh kamera keselamatan trem berkenaan menunjukkan wanita terbabit berdiri di tengah-tengah landasan sambil menatap telefonnya tanpa menyedari bahaya yang menantinya.

Meskipun dia cuba mengelak pada saat-saat akhir sebelum dilanggar, namun tindakannya itu sudah terlambat.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya, dibawa ke hospital di Moscow tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudiaan.

Berita insiden tersebut yang disiarkan dalam portal berita Life.ru mengundang pelbagai reaksi ramai pihak termasuk ada yang menyalakan pemandu trem itu yang merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an.

Namun ada juga pihak menyalahkan mangsa yang terlalu leka menggunakan telefon selain melanggar lampu isyarat merah untuk pejalan kaki.

Kes itu masih lagi disiasat.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post