Mula-mulakami ingatkan gambar yang tersebar ni diedit atau ada pihak saja nak main-main isu ni. Tapi bila tengok balik macam betul pulak dakwaan blogger Milo Suam ni. Hehe, korang rasa? Memang macam bendera Thailand ke? Berdasarkan komentar di Facebook, ada netizen yang perasan benda yang sama, ada juga yang mempertahankan designer dan pihak pengacara. Tapi rasanya korang ada pendapat sendiri kan?
Seperti yang ditulis oleh Milo Suam:-
PADA 31 Ogos 2016 kelmarin tempoh hari media arus perdana negara RTM dan TV3 menjalankan rutin tahunan mereka menyajikan pelbagai siaran langsung berkaitan Hari Kebangsaan.
Namun siaran langsung kedua-dua media arus perdana itu dilihat tidak peka dengan semangat patriotisma yang sepatutnya ditunjukkan pada hari itu apabila pengacara kedua-dua media itu mempamerkan bendera Negara Thailand pada pakaian mereka.
Aku mula-mula sangkakan mereka sedang buat laporan khas tentang negara Thailanddan sebab itu mereka pakai baju bendera Thailand. Bila aku perhatikan betul-betul ternyata jangkaan aku silap.
Pengacara TV3 dalam rancangan siaran langsung Malaysia Hari ini, melaungkan laungan Merdeka dengan memakai baju bendera Thailand.
Pengacara TV1 RTM turut sama mengenakan seragam baju mirip bendera Thailand dalam siaran langsung laporan berita media arus perdana itu.
Rasanya tidak salah untuk memakai baju bendera negara apa pun dalam siaran langsung mahu pun tidak langsung. Namun mengenakan pakaian mempamerkan bendera negara lain di hari Kebangsaan adalah sangat-sangat tidak sensitif.
Selain itu tindakan ini mungkin boleh mengelirukan pelancong yang menonton televisyen, kerana mereka mungkin menyamakan atau menganggap bendera Thailand sebagai bendera Malaysia.
Terbakor:- Sapa designer baju ni? Nampak beno menirunyer….
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR