Peserta Belgium hilang ketika Cabaran Hash Antarabangsa

Seorang lelaki warga Belgium disyaki hilang ketika menyertai Cabaran Hash Antarabangsa di ladang getah di Kuala Kubu Bharu, Selangor, malam imi.

Thomas Cools, 34, dikesan hilang selepas tidak muncul di garisan penamat dalam acara larian berkenaan kira-kira 7 malam.

Peserta dari Belgium hilang

Peserta dari Belgium hilang

Peserta dari Belgium hilang

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa antara 88 peserta yang terbabit dalam acara larian bermula di ladang getah di Rasa, Kuala Kubu Bharu, berakhir berhampiran sebuah sekolah rendah di Lembah Beringin.

Menurutnya, semua peserta sepatutnya menamatkan cabaran sebelum jam 7.30 malam semalam tetapi mangsa gagal tampil di garisan penamat.

“Kehilangan mangsa disedari penganjur dan rakan-rakan peserta selepas cabaran itu tamat lalu mereka menghubungi bomba.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa hari ini dijalankan di tempat terakhir mangsa dilihat namun belum berhasil.

“Gerakan mencari dan menyelamat terpaksa ditangguhkan kerana malam dan kita akan meneruskannya pagi esok” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post