“Samseng jalanan!!! Kau sudah tumbok muka laki aku!! Kau tunggu!!”

SEBUAH rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki berbaju Polo biru yang didakwa sebagai pembuli jalanan dan menumbuk pengguna jalan raya yang lain menjadi viral hari ini.

Video tersebut dimuat naik ke Facebook oleh isteri mangsa yang didakwa telah ditumbuk.

“Samseng jalanan!!! Kau sudah tumbuk muka laki aku!! Kau tunggu!!” tulis pelayar berkenaan berkaitan kejadian yang dipercayai berlaku di Melaka, semalam.

"Samseng jalanan!!! Kau sudah tumbok muka laki aku!! Kau tunggu!!"

“Samseng jalanan!!! Kau sudah tumbok muka laki aku!! Kau tunggu!!”

Pelayar berkenaan mendakwa dihimpit kereta lelaki berkenaan ketika mahu memotong sebelum diekori dari Cheng ke Bachang.

“Dari Cheng sampai Bachang dia follow (ikut). Sampai Bachang terus himpit kereta kitorang suruh turun. Laki aku turun terus dia shoot!! (tumbuk).

“Salah kitorang memotong ke tak (memotong) ke, apa hak dia nak pukul orang!!,” luahnya lagi.

Walaupun tiada sebarang rakaman yang menunjukkan mangsa ditumbuk, pelayar tersebut telah memuatnaik bukti pemeriksaan doktor terhadap mangsa iaitu suaminya.

“Yang kongsi dan nak bukti sangat, nah bukti doktor. Kalau awak kat tempat saya, awak tahu ke turun kereta tu nak kena tumbuk?,” tulisnya selepas terdapat pelayar lain yang mempertikaikan kesahihan kejadian berkenaan.

Kejadian tersebut kini telah dikongsi oleh lebih 1,000 pelayar.

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post