Selepas bercerai talak satu, Zila Seeron nak kerja cari duit dan nak ‘jaga’ anak

Selepas bercerai talak satu dengan pelawak Along Cham, penyanyi Zila Seeron mendedahkan kini mahu memberi fokus mencari pendapatan sendiri.

“Saya hendak kerja cari duit, hendak jaga anak. Saya tidak boleh bagi tahu (di mana saya bekerja). Saya kerja di pejabat,” katanya seperti dipetik menerusi video temuramah Astro Gempak.

Lepas dicerai Along Cham, Zila Seeron fokus cari pendapatan sendiri

Lepas dicerai Along Cham, Zila Seeron fokus cari pendapatan sendiri

Zila atau nama sebenar Nur Azilah Seeron, 28, yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada Isnin bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraiannya.

“Saya tidak boleh komen apa-apa. Saya hendak minta maaf kepada semua atas kesilapan saya… benda yang saya tak dapat jawab semua ini.

“Terima kasih sebab ambil berat,” katanya.

Pada Isnin, mStar melaporkan Along diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie melafazkan cerai terhadap Zila di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah.

Menurut Roshdan hak penjagaan anak tunggal, Ahmad Danial, 5, diberikan kepada Along.

Manakala Zila, mendirikan rumah tangga pada Januari 2010, diberi hak lawatan selama dua hari dalam sebulan.

Awal bulan ini, Along dilaporkan mahu memfailkan cerai nusyuz kerana mendakwa isterinya keluar rumah ke kelab malam tanpa izin dirinya.

Zila sebelum ini dilaporkan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 13 Ogos lalu dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, dekat sini.

Ketika serbuan Zila dilaporkan ditemui sedang bersembunyi di belakang almari sebuah bilik.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post