Sheila Rusly sebak Saharul Ridzwan dah kahwin kerana sayang dengan aktor itu

Sheila Rusly sebak memberikan ucapannya kepada pelakon berusia 27 tahun itu, sempena Saharul yang sudah selamat bergelar suami pada Jumaat lalu,

JIKA anda merupakan peminat setia Saharul Ridzwan, pasti anda menyedari Saharul dan Janna Nick merupakan antara pelakon yang paling disayangi Pelakon dan Produser terkenal, Sheila Rusly.

Keakraban di antara mereka jelas kelihatan apabila Sheila sering kali memuat naik gambar-gambar pelakon kesayangannya itu di laman Instagram miliknya.

Sheila Rusly sebak Saharul Ridzwan dah kahwin kerana sayang dengan aktor itu

Sheila Rusly sebak Saharul Ridzwan dah kahwin kerana sayang dengan aktor itu

Berkata, “Kalau cakap pasal Saharul, pasal Janna, saya memang akan sedih, sebak, sebab saya sayang dekat Saharul, saya sangat gembira untuk awak dan sis doakan semoga Saharul bahagia hingga akhir hayat Saharul”.

“Apa pun yang Saharul buat, ingat seperti mana yang telah sis nasihatkan, jangan lupa mak bapa dan sekarang jangan lupa isteri, i love you,” tutur Sheila dalam video yang dikongsikan Janna menerusi laman sosial Instagramnya.

Majlis resepsi Saharul yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Putrajaya itu turut dihadiri suami Sheila, pengarah Azman Jinggo dan juga Janna Nick.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post