Siti Kassim dedah guru malas dari sekolah di Kelantan palsukan laporan perubatan orang asli dengan label ‘terencat akal’

Peguam aktivis Siti Kasim mendedahkan amalan di sebuah sekolah di Kelantan di mana guru memalsukan laporan perubatan pelajar Orang Asli dengan melabel mereka “terencat akal”.

Guru malas? Anak normal Orang Asli sengaja dilabel ‘cacat akal’

Guru malas? Anak normal Orang Asli sengaja dilabel ‘cacat akal’

Guru malas? Anak normal Orang Asli sengaja dilabel ‘cacat akal’

Siti Kasim yang lantang memperjuangkan hak Orang Asli berkata perkara itu dibongkar selepas menganalisis beberapa laporan perubatan, yang mendapati kanak-kanak yang normal dari komuniti itu didiagnosis secara palsu sebagai “terencat akal ringan”.

Diagnosis sedemikian membolehkan pelajar tersebut dihantar ke sebuah sekolah berasrama di Gua Musang, hampir 2 jam perjalanan dari rumah mereka di Kuala Betis.

“Apakah yang cuba dilakukan oleh para guru terhadap kanak-kanak ini?” soal Siti Kassim.

“Kerana mereka malas mengajar, mereka berbuat demikian ke atas masa depan kanak-kanak ini? Ia sangat mengerikan.”

Tandatangan penjaga pada borang laporan perubatan dari sebuah sekolah di Kuala Betis, 30km dari Gua Musang, juga didapati palsu, di mana semua tandatangan dikesan serupa.

Pendedahan tersebut terkandung dalam memorandum disediakan Jaringan Kampung Kelantan Orang Asli (JKOAK) kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam.

Memorandum itu menuntut hak pendidikan bagi kanak-kanak Orang Asli.

“Doktor harus menolak laporan perubatan ini. Siapa yang menandatangani sijil mengesahkan kononnya anak mereka terencat akal.”

Beliau berkata istilah yang digunakan ialah “terencat akal ringan”.

Menurut Siti, beliau mendapat tahu perkara itu daripada seorang penduduk kampung, Jalil Anak Lelaki Bayor, yang bingung selepas anak perempuannya dikatakan menghadapi masalah kecacatan ringan.

Jalil mendapati tandatangan dalam borang kebenaran anak perempuannya, Safirah, untuk dinilai dari segi perubatan oleh hospital di Gua Musang, dipalsukan.

Siti kemudian membawa Safirah ke Universiti Malaya (UM) untuk penilaian lanjut oleh pakar perubatan.

Safirah didiagnosis mempunyai masalah pembelajaran kerana “isu-isu persekitaran”.

“Menurut laporan pakar kanak-kanak UM itu, Safirah tidak mempunyai masalah keupayaan intelek tetapi dia berdepan masalah pembelajaran, seperti pengiraan dan bacaan.

“Ini mungkin disebabkan isu persekitaran seperti kekurangan rangsangan akademik.

“Jelas, kanak-kanak ini tidak terbantut dari segi akal fikiran. Ini hanya salah satu contoh daripada banyak,” kata Siti Kassim.

Beliau turut menunjukkan laporan perubatan kanak-kanak, semuanya mempunyai tandatangan yang sama pada borang kebenaran penjaga.

“Nasib baik, Jalil lebih bijak daripada ibu bapa lain,” kata Siti Kasim.

Tambahnya, ibu bapa lain di kampung mungkin tidak menyedari isu itu kerana gaya hidup santai mereka.

Jalil memberitahu pemberita beliau tidak dimaklumkan Safirah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk penilaian perubatan.

“Apabila saya pulang ke rumah, pintu terbuka dan anak perempuan saya tiada di mana-mana pun.”

Hanya selepas itu, guru Safirah memberitahu Jalil, anaknya dihantar ke sekolah pembelajaran khas di Gua Musang.

Setiausaha JKOAK, Mustafa Along mendedahkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak Orang Asli berada pada tahap kritikal.

“Ini berlaku apabila guru di kawasan luar bandar tidak berniat melakukan kerja mereka.

“Guru lari dari tanggungjawab dengan mengklasifikasikan kanak-kanak ini sebagai terencat akal.”

Jalil berharap Suhakam dan NGO lain akan membawa masalah yang dihadapi kanak-kanak orang Asli kepada pihak berwajib.

 

Sumber: Free Malaysia Today



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post