Surat Terbuka Kisah Along Cham, Bekas Isteri & Drama TV, Kebodohan Apakah Ini ?
Satu surat terbuka ditulis oleh seorang lelaki di laman sosial Facebook. Pengguna FB itu menggunakan nama Amir Hamzah Abdul Hamid.
Tulisannya ini memang padu dan mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya itu.
Sehingga kini perkongsiannya ini mendapat lebih daripada 5 ribu share di laman Facebook. Memang viral habis.
Antara isikandungan perkongsian ini adalah pengaruh drama TV ke atas wanita dan para isteri yang terbuai-buai dengan fantasi sehingga terbawa ke alam realiti.
Ini surat terbka buat Along Cham, bekas isteri dan drama TV:
KEBODOHAN YANG SUKAR
Bila tengok kes Along Cham yang bercerai dengan isteri dia dek kerana bini dia di tangkap khalwat dengan lelaki lain. Aku harap ramai lelaki perlu buka mata untuk lebih faham apa yang melanda di Malaysia. Masalah besar yang sedang melanda di Malaysia yang perempuan nampak itu biasa-biasa, tetapi ramai lelaki sebelum ini sudah tahu.. semua ini hanya kebodohan yang tidak terkalahkan dan kedangkalan mutlak sehingga mampu memberi gegaran berskala 700 skala rikter.
Apa kebodohan ini?
Tidak habis menonton drama TV 3 sehingga terbawa-bawa pembawakan di dalam drama tersebut ke kehidupan. Tak habis terbayang lelaki romantik nak mampos yang duit dalam poket ada dua puluh juta, kereta besar macam bas. Dan macam-macam lagi adegan celaka yang membawa kepada derhaka. Paling sakit hati bila habis je tengok drama Suamiku Encik Saipul, mula sengih sorang-sorang terbayang tengah pakai crown. Ini semua petanda lelaki sedang didekati oleh malapetaka. Lelaki di ambang krisis terbesar di alam rumah tangga.
Terpengaruh dengan quotes-quotes bodoh yang di tulis oleh penulis-penulis yang tak pernah kena tapak di muka tentang perempuan. Contohnya, lelaki perlu tahu apa yang perempuan mahu? Kenapa perempuan mula untuk curang? Apa tanda-tanda perempuan sedang tiada mood? Lelaki perlu kaya untuk menjamin masa depan bahagia? Lelaki perlu bahlol demi kekuasaan wanita dan apa-apa je lah lagi yang buat perempuan rasa dunia ni syurga. Apa salahnya hati kau yang benak tu kau bukakan untuk feel pula apa keinginan suami yang kau tak pernah tertunaikan? Kau tahu tak suami tu jalan kau ke syurga? Kau tahu tak apa tugas isteri? Kau tahu tak? Ke kau hanya tahu yang kononnya kahwin ni lelaki sekadar mahu berjimak? Tepu ! Tugas isteri ialah melayan kehendak suami tu antaranya, bukannya asik gunakan skrip agama kononnya kemas rumah, basuh pinggan, jaga anak tu semua tugas suami.
Hilang malu memuji-muji artis itu hensem, artis ini hensem. Tergedik-gedik macam takde suami.. dok gila dengan artis lelaki korea. Terpengaruh kononnya artis korea ini lebih romantik bagai. Dia lupa Nabi kita dulu ada janggut. Bagi aku senang, perempuan yang dah hilang malu duduk share memuji-muji lelaki lain hensem di public padahal dia sudah berkahwin, kau tinggalkan je lah. Semak! Ini semua hanya memalukan kau lelaki kerana di lihat dayus dan hodoh. Padahal Nora Danish yang lagi kebabom pun kau tak pernah puji depan dia sebab depan dia kau terpaksa hipokrit mengaku dia paling cantik dalam dunia. Atleast tak sakitkan hati. Kan? Itu lebih baik. Sebab takkan kau nak cakap muka dia macam labu masam? Walaupun apa kau cakap tu memang betul? Kah kah.. Artis korea tu satu habuk pun takde jasa dengan dia, apatah lagi bantu si suami untuk halalkan kau. Kiranya kau ni memang takde perasaan. Kau tak tau azab kumpul duit nak halalkan kau tu. Nak azan kan dekat telinga karang takut badan dia berasap. Apa-apa je lah.
Kau tau tak hantaran yang tinggi hingga bebankan suami walaupun suami kata setuju tu nanti kau kena jawab dekat akhirat kelak? Haa, memang. Kau takkan tahu pun. Sebab yang kau tahu satu je.. Engkau perlu difahami, perlu di manjakan, hati kau perlu dijaga sama macam pasangan lain dapat. Dasar sellfish, fishball dan nugget ayam.
Terpengaruh dengan kata-kata kawan perempuan tentang kekayaan pasangan masing-masing, tentang masalah lelaki itu, masalah lelaki ini. Si suami dia cakap pulak satu habuk pun dia tak percaya. Sebab apa? Suami konon tak romantik, suami miskin. Ni semua spesis perempuan kepala bapak dia ni. Lepas tu share dekat FB tentang kejayaan lelaki lain, tentang kereta-kereta lelaki lain yang besar, lelaki lain yang belikan bas dekat isteri, dia lupa suami dia ada hati, ada perasaan. Kau kena tahu, lelaki sangat jarang bercerita keburukn psangan kawan dia dekat kawan dia tu. Paling tidak pun kerana sayangkan kawan, dia cuma nasihatkan untuk buat itu buat ini yang boleh menyatukan kembali. Hebat tak lelaki?
Dan macam-macam lagi. Ini semua barah teknologi yang kian menggila yang tengah merebak ke jiwa perempuan-perempuan tetapi takde seko pun yang mengaku.
Sudah lah hantaran makin mahal nak mampos, dengan perempuan sekarang ni yang hanya pakar share resepi di FB berbanding memasak. Yang hari-hari ambil gambar menyenget sampai nampak bentuk buah ciku tu lepas tu upload dekat fb bagi semua jantan terjelir lidah. Ciku okey lagi, ni yang buah anggur pun kemaruk.Kau perempuan makin lama makin penting diri. Kau fikir apa yang kau nak 24jam, tanpa sikit pun kau tengok apa yang lelaki mahukan..
Sebab tu kau boleh tengok bila lelaki mula kaya lepas kahwin tu apa jadi dengan dia. Selalunya yang bila mula kaya lepas tu jadi makin sayang dengan kau ni mungkin sebab dia feel kau punya setia, kau punya sama-sama susah dengan dia waktu dia susah dahulu. Kau punya taat, kau punya supportive dekat dia. Kau ingat lelaki tak pedendam? Time kaya lah kau akan rasa balik apa yang kau dah buat dekat dia selama ni.. yang kau hinakan dia, yang kau dok puji jantan lain 24jam, yang kau tekan dia takde tolak ansur langsung tu bagai. Dan yang kau tak habis ugut nak bercerai semua tu..
So untuk korang perempuan, nak bodoh jangan sampai libatkan hati. Sebab takut kebodohan kau nanti makan diri lepas tu baru kau acah-acah nak post video orang mengaji hari-hari kononnya baru tersedar dari lamunan yang terhenti. Kau wajib tahu, lelaki bila mula ada anak, cintanya pada keluarga tu dah bertambah beberapa percent. Dan kau pula dah boleh berhenti dengan kebodohan total tu. Kerana risau bila kau dah mula berubah ke baik, tapi waktu itu suami kau dah mula jelek. Haa, masa tu lah nanti kau akan cakap kononnya kau dah buat yang terbaik tapi suami kau tetap perangai macam setan. Kau terlupa tengok kesetanan kau sepanjang beberapa tahun sebelum ini sedangkan suami kau sebelum ini sangat sabar dan setia.
Selamat Pagi. Alahai, keras pulak status aku ni. Apapun, masih bersepah lagi lah perempuan yang baik, yang masih banyak rasa malu. Yang tak sellfish. Kan perempuan kan? Yang aku cerita ni pun kisah perempuan di Israel. Bukan Malaysia. Korang jangan sentap pulak, kalau kau bukan jenis macam ni tak payah nak menyentap lebih. No point.
Gua yang menulis,
Amir Danau yang sayang pasangan.
Aku tulis takde kena mengena dengan pengalaman aku. Kalau pengalaman, aku takkan tulis. Lebih baik aku conteng, sebab hanya dengan menconteng je dapat gambarkan pengalaman aku. Kah kah.
Kredit :
– Amir Hamzah Abdul Hamid
Memang padu setepek kena batang hidung. Haha.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
BM