Susulan rumah Remy Ishak diserbu, polis dedah tiada dadah ditemui

Rumah Remy Ishak diserbu di Serdang Selangor Jumaat lalu, namun pihak polis tidak menemukan sebarang dadah seperti yang diadu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang individu yang mendakwa rumah pelakon itu dijadikan tempat menyimpan bekalan dadah.

Rumah Remy Ishak diserbu, Tiada dadah dalam serbuan rumah Remy Ishak, kata polis

Rumah Remy Ishak diserbu, Tiada dadah dalam serbuan rumah Remy Ishak, kata polis

Tiada dadah dalam serbuan rumah Remy Ishak, kata polis

“Ketika serbuan, terdapat beberapa wanita di rumah itu, namun pelakon berusia 34 tahun itu tidak berada di rumah. Wanita-wanita itu mungkin rakan pelakon berkenaan.

Baca artikel sebelum: Rumah Remy Ishak diserbu polis lepas terima laporan dari seseorang

“Pihak polis menjalankan pemeriksaan ke atas rumah itu dan tidak menjumpai sebarang bekalan dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengurus pelakon berkenaan yang dikenali sebagai Azlin enggan mengulas berkaitan perkara itu dan berkata ia merupakan hal peribadi pelakon tersebut.

Sebelum ini, pihak media melaporkan pelakon itu telah menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang dipercayai bekerja dengan seorang wanita kenamaan.

Pelakon yang masih bujang itu kemudiannya dilapor membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post