Kerana terdesak untuk mendapatkan wang, seorang lelaki di sini sanggup berlakon dilanggar bas semata-mata untuk mendapatkan pampasan.
Seorang pejalan kaki yang merakamkan aksi itu dengan telefon bimbit hanya mampu ketawa melihat lelaki berkenaan beberapa kali melanggar bahagian hadapan bas yang berhenti.
Terdesak nak duit, lelaki sanggup berlakon dilanggar bas untuk tuntut pampasan
Pemandu bas berkenaan, Liang berkata, dia berhenti di hadapan sebuah hospital dan menunggu sekumpulan pejalan kaki melintas jalan.
“Secara tiba-tiba seorang lelaki yang tidak berbaju berlari dan terus melanggar bahagian hadapan bas saya.
“Saya bertanya apa yang dia lakukan, tetapi lelaki itu tidak menjawab dan terus melanggar bas saya beberapa kali sambil menjerit,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW