‘Tindakan tegas akan diambil’ FAM siasat siapa yang bocorkan bukti maklumat penyelewengan dan serahkan pendrive kepada TMJ

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena atau ‘pendrive’, didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu, kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.    

'Tindakan tegas akan diambil' FAM siasat siapa yang bocorkan bukti maklumat penyelewengan dan serahkan pendrive kepada TMJ

‘Tindakan tegas akan diambil’ FAM siasat siapa yang bocorkan bukti maklumat penyelewengan dan serahkan pendrive kepada TMJ

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pemacu pena) tersebut disahkan terlebih dahulu oleh menteri.

“Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Kami telah berbincang dengan barisan exco dan kita lihat perkembangan selanjutnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Khairy dalam laporan media hari ini, bagaimanapun berkata isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Tunku Ismail tidak menemui bukti penyelewengan ataupun ketirisan dalam badan induk sukan itu.

Menurut Khairy kandungan pemacu pena itu adalah dokumen teknikal berkenaan bola sepak Malaysia.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, FAM bersedia berjumpa dengan Khairy sekiranya dipanggil untuk membincangkan isu pemacu pena tersebut.

Kontroversi tercetus apabila Tunku Ismail mendakwa mempunyai pemacu pena  yang mengandungi bukti penyelewengan dalam FAM termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. – Bernama

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post