Trauma diserbu polis kerana hina kematian Ustaz Haron Din, Sidek Kamiso dan keluarga jumpa pakar psikologi

Trauma diserbu polis, bekas wartawan, Sidek Kamiso berkata beliau dan keluarga akan berjumpa pakar psikologi esok. Sidek memberitahu sebuah portal berita bahawa serbuan pada jam 4.30 pagi Isnin di rumahnya di Petaling Jaya mengejutkan anak perempuannya yang berusia 14 tahun dan anak lelakinya berusia 10 tahun.

Selain itu, turut menakutkan anak rakannya, berusia 12 tahun yang sedang tidur.  

Trauma diserbu polis kerana hina kematian Ustaz Haron Din, Sidek Kamiso dan keluarga jumpa pakar psikologi

Trauma diserbu polis kerana hina kematian Ustaz Haron Din, Sidek Kamiso dan keluarga jumpa pakar psikologi

“Kami akan berjumpa pakar psikologi pada hari Khamis untuk menilai keadaan. Jika ia adalah trauma bagi saya, apatah lagi untuk kanak-kanak?,” katanya dipetik Malaysiakini.

“Hingga sekarang saya tidak boleh tidur, bunyi sedikit pun saya akan terjaga. Pagi ini, pembantu rumah kami menghidupkan pembersih vakum dan ia mengingatkan saya tentang perkara itu,” katanya.

Sidek ditahan di Balai Polis Jalan Semarak dan mendakwa telah digari dan ditinggalkan dalam lokap bersama sehelai sejadah dan sebotol air sebelum dibawa ke Johor Baru.

Sidek, Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan dua yang lain dari Shah Alam dan Ipoh sedang dalam siasatan, berhubung tulisan di media sosial mereka yang didakwa menghina kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Sumber: Projek MMO Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post