Tunku Mahkota Johor tegaskan tiada bukti rasuah FAM dalam pendrive, yang ada adalah sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco tak buat kerja dengan betul

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan isi kandungan pendrive yang diterimanya sebelum ini bukanlah bukti rasuah yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, beliau menjelaskan isi kandungan pendrive itu adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco yang tidak memainkan peranan untuk menjalankan tugas dengan betul.

Tunku Mahkota Johor tegaskan tiada bukti rasuah FAM dalam pendrive, yang ada adalah sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco tak buat kerja dengan betul

Tunku Mahkota Johor tegaskan tiada bukti rasuah FAM dalam pendrive, yang ada adalah sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco tak buat kerja dengan betul

Malah, TMJ memaklumkan tindakannya menyerahkan pendrive berkenaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dan bukannya menggantung FAM.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandung dalam ‘pendrive’ yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.

“Saya berikan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Belia dan Sukan) untuk menyelesaikannya bukan untuk menghukum FAM dan menggantung FAM. Sekiranya kita menggantung FAM, ia akan menjejaskan liga.

“Saya hanya menasihatkan kepada individu berkenaan untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu yang lebih layak menjalankan tugas,” katanya di Facebook JOHOR Southern Tigers (JST), hari ini.

TMJ turut mengakui mengetahui siapa yang bakal menjadi Presiden, Setiausaha Agung FAM dan jurulatih skuad kebangsaan yang baharu untuk tahun depan.

“Saya mengetahui siapa Presiden FAM, Setiausaha Agung dan siapa ketua jurulatih pasukan kebangsaan untuk tahun depan.

Tetapi perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan penyokong bola sepak tanah air? Pernahkah saya dihargai sebelum ini dalam cuba menyelamatkan bola sepak negara? Hanya rakyat Johor sahaja yang menghargainya,” katanya.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post