MUNGKIN ada mempunyai masalah kesukaran untuk tidur setiap hari namun usah kita anggapnya sangat remeh jika susah tidur, kerana ia boleh membawa kepada penyakit insomnia.
Namun masalah sukar tidur kini sudah menjadi gaya hidup kepada remaja dan anak muda yang mempunyai hobi cuba menahan waktu tidur apabila mata sudah mengantuk.
Bagaimanapun kisah Lachlan dan Hayley Webb, masing-masing kakak dan adik berasal dari Queensland, Australia ini sekali pandang memang seperti tidak mempunyai masalah kesihatan.
Malangnya mereka berdua dikesan mempunyai gen penyakit yang jarang berlaku di dunia iaitu disebut sebagai Fatal Familial Insomnia (FFI).
Portal Elitereaders melaporkan, Pusat Informasi Penyakit Nadir dan Genetik Amerika Syarikat menjelaskan FFI merupakan penyakit keturunan yang memberi kesan kepada otak dan bahagian-bahagian lain dalam sistem saraf.
Para saintis juga telah mengetahui apakah jenis mutasi gen yang menyebabkan keadaan pelik ini.
FFI juga menyebabkan gumpalan abnormal protein yang merosakkan sel saraf dan akhirnya menyebabkan lubang seperti span di talamus bahagian dari otak yang mengatuk waktu tidur.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW