Whatsapp Selama 1 Jam Cuba Pujuk Safiey Ilias, Da’i Wan Gagal

Whatsapp Selama 1 Jam Cuba Pujuk Safiey Ilias, Da’i Wan Gagal



Pendakwah muda, Da’i Wan telah mengemaskini status di Facebooknya tentang usahanya cuba memujuk usahawan Safiey Ilias yang membuat keputusan untuk menjadi pondan semula.

Menerusi perkongsian dari Da’i Wan, dia sudah cuba memujuk Safiey selama hampir 1 jam namun pujukannya itu gagal dan tidak berjaya.

Kali ini, Safiey Ilias dilihat tekad dengan keputusannya itu untuk kembali ke lembah hitam.

Ini perkongsian Da’i Wan Buat Safiey Ilias:

Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.

Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam Whatsapp hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.

Namun malam ini, Wan tak berjaya.

Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.

Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.
Untuk jangan..
Untuk sabar…..

Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.


Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:


“Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja.”

Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.


Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.

Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.


Wan telah pesan tadi.


Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.

Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. 


Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.

WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.

Safiey,
Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?
“Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia.”

Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.


Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.
Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.

Sabarlah…
Sabar…
Sabar.
Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.
Safiey, this is for you.

“Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan.”

Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.
Atas nama syukur, pertahankanlah ia.
Pertahankannya.

Yang benar, Da’i Wan.

Walaupun gagal memujuk Safiey namun cubaan Da'i Wan itu dipuji orang ramai.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post