Akhirnya Tok Belagak dicekup kerana penipuan pelaburan emas

Seorang pengerusi syarikat pelaburan emas yang dikenali sebagai Tok Belagak ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan sindiket pelaburan berkenaan, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata setakat ini pihaknya menerima lima laporan yang mengaitkan lelaki berusia 51 tahun itu dengan kes berkenaan di daerah Kajang.

Akhirnya Tok Belagak dicekup kerana penipuan pelaburan emas

Akhirnya Tok Belagak dicekup kerana penipuan pelaburan emas

Sumber gambar: www.youtube.com

“(Seorang) mangsa dikatakan telah membuat pelaburan sebanyak RM80,900 kepada suspek setelah mengetahui pelaburan emas itu melalui laman sosial Facebook pada Ogos tahun lepas.

“Mangsa menyedari dirinya tertipu apabila pihak syarikat yang dipengerusi suspek gagal menyerahkan emas seperti nilai yang dilaburkan dalam tempoh yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Katanya pengadu (mangsa) memaklumkan syarikat berkenaan ada mengeluarkan memo perjanjian untuk memulangkan semula wang pelaburan namun masih gagal berbuat demikian.

Jelas beliau, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini. – BERNAMA

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post