Bekas isteri Sultan Brunei bertudung kerana agama, bukan kerana putus cinta dengan Wak Doyok

Sempena permulaan tahun hijrah, bekas isteri sultan Brunei bertudung memenuhi tuntutan sebagai seorang muslimah.

Azrinaz Mazhar Hakim berkata, keputusannya untuk bertudung bukanlah kerana isu peribadi yang hangat dimainkan media tetapi ia satu keputusan serius untuk berubah.   

“Kebetulan ketika meraikan ulang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung.

“Tidak lama selepas tarikh kelahiran saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah.

Bekas isteri Sultan Brunei bertudung kerana agama, bukan kerana putus cinta dengan Wak Doyok

Bekas isteri Sultan Brunei bertudung kerana agama, bukan kerana putus cinta dengan Wak Doyok

“Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia.

Ikon fesyen, Wak Doyok pada minggu lalu mengakui sudah memutuskan hubungannya dengan Azrinaz.

Wak Doyok, nama popular Mohd Azwan Md Nor juga menafikan sudah mengikat tali pertunangan bersama Azrinaz dan menganggap hubungan mereka tidak kesampaian.

“Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini. Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini.

“Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan,” kata Wak Doyok kepada Harian Metro.

Azrinaz, 37, berkata sokongan orang di sekeliling membuatkannya berasa yakin untuk berhijrah demi masa depan.

Katanya, pengajian dalam bidang agama tidak diabaikan sebelum mengambil keputusan menutup aurat.

“Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

“Keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan,” katanya kepada akhbar sama.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post