Celcom First tawar tiga pelan data terbaru mulai 28 Oktober

Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata), mengumumkan tiga pelan data terbaru bagi segment pasca bayarnya di bawah jenama Celcom First dengan peruntukan kuota data lebih besar pada harga berpatutan.

Tiga pelan data terbaru Celcom First

Tiga pelan data terbaru

Pelan First Gold kini ditawarkan dengan kuota data sebanyak 20 GB pada harga RM80 manakala First Platinum 60 GB dengan harga RM150.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, syarikat turut menawarkan pelan First Gold Plus dengan data 40 GB pada harga RM98.

“€œTawaran terbaru ini menjadikan pelan Celcom First lebih segar dan diperkayakan di mana kini ia menawarkan lebih banyak peruntukan data melalui rangkaian 4G terbaik kami” katanya pada pengumuman pelan itu di sini, hari ini.

Pelan terbaru Celcom First ini boleh mula didapati oleh pelanggan baru bermula 28 Oktober ini manakala pelanggan sedia ada akan menikmati peruntukan internet baru itu bermula 1 November secara automatik tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post