Elizabeth Tan akui sedar diri, Ayda Jebat lebih popular berbanding dirinya

Penyanyi Elizabeth Tan menafikan bermasam muka dengan Ayda Jebat gara-gara sikap pilih kasih pengurusan semasa menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura awal bulan ini.

Elizabeth, 23, berkata walaupun Ayda dinobatkan artis paling popular pada malam itu namun ia semuanya atas usaha keras pelakon drama M.A.I.D.

Elizabeth Tan akui sedar diri, Ayda Jebat lebih popular berbanding dirinya

Elizabeth Tan akui sedar diri, Ayda Jebat lebih popular berbanding dirinya

“Kalau nak cakap kami bergaduh sebab siapa lagi popular. Tolonglah, semua orang tahu dia [Ayda] lebih popular daripada saya. Tentulah saya sendiri sedar siapa diri saya.

“Bagi saya dalam segala hal, saya sangat menghormati Ayda. Malah, saya sendiri lihat cara dia bekerja. Memang gila.

“Dia seorang yang sangat dedikasi, bekerja keras dan tahu apa yang dia lakukan,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia.

Penyanyi Knock Knock dilaporkan menjadi ‘mangsa’ dan dilayan seperti anak tiri oleh syarikat pengurusan artis yang dinaungi.

Menafikan hal itu, Elizabeth berkata dakwaan sebegitu perlu dihentikan kerana Ayda berjaya atas usaha kerasnya selama ini.

“Dia [Ayda] sudah sangat berjaya dan saya tahu di mana kedudukan saya. Ayda sukar disaingi kerana dia benar-benar berbakat dan hebat.

“Kalau ada yang bertanya lagi betulkah saya dengan dia gaduh, jawapan saya masih tetap sama. Saya tidak ada masalah dengan dia.

“Tak tahulah di pihak dia bagaimana pula,” beliau dilaporkan berkata.

Sumber: Projek MMO Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post