Elly Mazlein dedah terpaksa pandu sendiri kereta ke hospital untuk bersalin

Aktres Elly Mazlein akhirnya mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab bekas suaminya iaitu pengarah drama Azmi Hatta semasa dia sedang mengandung anak mereka sehinggalah detik-detik melahirkan bayi itu.

Elly Mazlein Dedah Sikap Buruk Bekas Suami, Mahu Tuntut Nafkah Anak

Elly Mazlein Dedah Sikap Buruk Bekas Suami, Mahu Tuntut Nafkah Anak

Elly Mazlein Dedah Sikap Buruk Bekas Suami, Mahu Tuntut Nafkah Anak

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, paling menyedihkan ketika hendak bersalin, dia terpaksa memandu kereta seorang diri untuk ke sebuah pusat perubatan tanpa bantuan sesiapa.

Baca artikel sebelum: Nana dan Elly dedah kisah bercinta sebelum kahwin tetapi berakhir dengan penceraian
Bagaimanapun katanya, selepas melahirkan Putri Sara Sefhia pada 9 Mac lalu, baharulah suaminya mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Faye Kusairi.

“Seminggu di hospital Naluri tu terus bekas laki mengaku bercinta dengan Fake (Faye Kusairi). Seminggu saya di hospital Naluri nasib baik tak meroyan… anak sakit kuning bapa tak peduli,” luahnya dalam status terbaharu Instagram miliknya.

Kata Elly, semasa anaknya terkena demam kuning, Azmi langsung tidak ambil peduli namun sanggup menyebelahi Faye Kusiari kononnya dia  menuduh wanita itu punca perceraian mereka.

“Dalam berpantang saya diugut akan disaman oleh Fake. Dalam berpantang saya tengok Fake nangis-nangis dalam TV kononnya dia dianiaya. Hmmm manusia ini,” luahnya.

Tambah Elly  lagi, disebabkan Azmi itu, dia akan bersuaha untuk mendapatkan tuntuan nafkah anaknya di Mahkamah Rendah Syariah daerah Sepang pada Rabu (esok).

Dalam pada itu,  Instagram milik Elly sejak Isnin dipenuhi cetak sktin status-status yang dimuat naik oleh Faye melalui akaun Twitternya.

Kebanyakan cetakan skrin di laman sosial Elly itu mendorong peminatnya mengutuk perbuatan Faye yang dianggap menjadi punca keruntuhan rumah tangga pasangan berkenaan.

Elly juga turut memuat naik rakaman suaranya dengan tajuk ‘Terima Kasih Semua’ sambil menangis.

“Assalammualaikum terima kasih semua, bagi saya semangat, bagi saya kekuatan insyaAllah saya akan jaga anak saya dengan baik terus bagi kekuatan buat saya. Terima kasih,” luahnya dalam rakaman itu.

Elly dan Azmi berkahwin pada  9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil empat bulan.

Terdahulu, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, berkata, hubungannya dengan Azmi terjalin selepas Elly dan bekas suaminya itu bercerai.

Baca: Akhirnya Faye Kusyairi mengaku bercinta dengan bekas suami Elly Mazlein

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post