Emma Maembong jelaskan kawan dengan Raf sejak kecil, bffnya Kamal Adli tahu

Pelakon, Emma Maembong, menjelaskan dirinya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan adik penyanyi Datuk Fazley Yaakob, iaitu Raden Ahmad Faizal, seperti yang didakwa baru-baru ini.

Saya dan Raf berkawan sejak kecil - Emma Maembong

Saya dan Raf berkawan sejak kecil – Emma Maembong

Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail, 24, berkata khabar angin itu dianggap mengarut kerana hubungannya dengan Faizal atau dikenali sebagai Raf sekadar rakan baik dan beliau mengenali pemuda itu sejak berusia 14 tahun lagi.

Baca artikel sebelum: Lepas Zizan Razak dan Kamal Adli, Emma Maembong kini intim dengan Raf Yaakob adik Dato Fazley?

“Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya ialah pelukis di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) manakala arwah ayah Raf adalah pengurus di situ.

“Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik lain kerap berkunjung ke situ. Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC.

“Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga. Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan? Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal,” katanya yang dihubungi BH Online hari ini.

Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan, semalam, Emma dikatakan sedang intim dengan Raf, seorang ahli perniagaan dan Presiden bagi My Man United Official Fan Club.

Menurut laporan itu, Emma sudah pun bertemu dengan keluarga lelaki terbabit yang juga duda dua anak dan perhubungan mereka benar-benar serius.

Dalam pada itu, Emma berkata, keluarga Raf juga pernah menaja lokasi bagi majlis keluarganya, baru-baru ini. Pelakon itu menyifatkan, mungkin ekoran tajaan berkenaan, ada pihak yang menyebarkan berita palsu itu.

Malah teman rapatnya, Kamal Adli, turut hadir pada majlis berkenaan dan mengetahui perhubungan akrab yang terjalin bersama keluarga Raf.

“Ketika majlis itu, Kamal pun ada dan dia tahu kami rapat. Kamal tenang saja apabila berita ini tersebar. Bukannya betul pun.

“Mungkin Raf baru saja bercerai, jadi orang ingat saya pula jadi pasangannya,” katanya.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post