Faizz Nur tak mahu komen, suruh rujuk peguamnya

Adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Muhammad Faizznurr Asyraf Husain, 26 sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan ke atas  pihak yang menyebarkan tuduhan ke atasnya.

'Saya tak mahu komen, rujuk peguam saya'

‘Saya tak mahu komen, rujuk peguam saya’

Enggan mengulas lanjut, bapa saudara kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5 itu berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguam tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.

“Sekarang saya tak boleh nak komen apa-apa. Awak (Penulis) boleh tanya peguam saya.

“Saya bukan nak lari tapi sekarang orang dah tuduh saya macam-macam. Saya sedang bincang strategi undang-undang dengan peguam,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Nama Faizznurr menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, mendakwa Faizznur pecah amanah.

Faizznurr didakwa hanya menyerahkan RM12,000 daripada RM300,000 hasil sumbangan orang ramai kepada dua kanak-kanak terbabit.

Amira dan Aqila adalah anak pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam nahas membabitkan Myvi di Lebuhraya Duke, Mei tahun lalu.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post