Filem animasi bertaraf dunia goyang dengan filem Upin & Ipin

Animasi popular Upin & Ipin memang menghantui ramai peminat cilik. Kini ia didakwa menimbulkan rasa gentar sebuah filem animasi luar negara pula.

Bimbang bertembung dengan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! pengedar filem asing berkenaan menggesa produksi tempatan itu menukar tarikh tayangan di pawagam.

Filem animasi dunia ‘gentar’ berdepan Upin & Ipin (VIDEO)

Filem animasi dunia ‘gentar’ berdepan Upin & Ipin (VIDEO)

Filem animasi dunia ‘gentar’ berdepan Upin & Ipin (VIDEO)

Les’ Copaque, penerbit animasi si kembar kampung itu, mendakwa filem animasi bertaraf dunia — yang tidak dinamakan — meminta tayangan filemnya pada 24 November ini diubah.

Pengarah urusannya Burhanuddin Md Radzi, 60, berkata syarikatnya menerima panggilan daripada produksi antarabangsa itu Jun lalu, yang meminta pihaknya menukar tarikh tayangan.

Les’ Copaque bagaimanapun enggan tunduk pada permintaan mereka, ingin terus menayangkan pada tarikh tersebut, dua hari menjelang cuti sekolah hujung tahun.

“Ia ada hubungi staf kita. Mereka tanya bila hendak tayangkan dan kita kata akan tayang hujung tahun ini. Selepas itu, mereka mohon kita tukar tarikh lain. Mereka tidak mahu tarikh sama.

“Lepas itu kita katalah [pada mereka], ‘mana boleh tukar? Masa dan tarikh sudah tetap’,” kata Burhanuddin kepada ProjekMMO dalam wawancara minggu lalu.

“Come on, mereka bertaraf dunia. Bila kita tidak mahu tukar [tarikh tayangan], akhir sekali kita dapat tahu mereka yang tukar.”

Filem ini, kerjasama Les’ Copaque dan KRU Studios, bakal ditayangkan serentak di Malaysia dan Brunei. Tayangan di Indonesia berbeza kerana cuti sekolah negara itu berlainan.

Ditanya sebab beliau bertekad mengekalkan tarikh tayangan, Burhanuddin berkata beliau yakin jenama yang dibinanya itu cukup kukuh untuk bersaing dengan filem lain.

“Bagi saya ‘Upin & Ipin’ [Jeng Jeng Jeng] sebuah filem yang besar. Kita tidak takut dengan semua orang,” tegasnya.

Presiden eksekutif Kumpulan KRU Datuk Norman Abdul Halim, 46, yakin filem itu — gabungan animasi dan watak sebenar — akan mendapat sambutan luar biasa.

“Jadi, saya rasa memang filem ini salah satu filem yang dinanti-nantikan tahun ini. Insya Allah ia akan mendapat sambutan besar, yang baik untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

“[Animasi] ini jenama kanak-kanak yang terkukuh di Asia, setakat ini,” katanya, dalam sesi temubual sama di sini, Jumaat lalu.

Filem ini karya animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik 3D dan lakonan hidup.

Les’ Copaque mencorak kesan khas animasi, manakala KRU Studios terlibat dalam gubahan muzik, proses rendering dan kesan akhir filem tersebut.

“Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!” mengisahkan seorang yatim piatu bernama Balqis, yang mempunyai kebolehan istimewa untuk berinteraksi dengan watak kartun kesukaannya.

Namun kehidupan kanak-kanak perempuan ini berubah apabila rumah anak yatim yang didiaminya mahu diambil semula oleh seorang ahli perniagaan yang kejam.

Bagi menyelamatkan rumah anak yatim tersebut, Balqis bersama Upin dan Ipin mencari seorang bekas penyanyi terkenal iaitu Awie untuk membantu mereka.

Diarahkan oleh Erma Fatima dan Ainon Ariff, filem ini dibarisi antaranya pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis, penyanyi rock Awie, Sara Ali dan Remy Ishak.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post