Gambar kaki murid perempuan dirantai pada tiang dikecam netizen

Gambar seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah yang kakinya dirantai pada sebatang tiang di sebuah blok apartmen di sini menjadi viral di media sosial.

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Pada Tiang Cetus Kemarahan Netizen

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Pada Tiang Cetus Kemarahan Netizen

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Pada Tiang Cetus Kemarahan Netizen

Gambar itu yang disebarkan di laman Facebook sejak petang Rabu menunjukkan kaki kanannya dirantai manakala beg dan botol airnya berada di atas lantai.

Namun tidak dapat dipastikan jika dia ditinggalkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Berdasarkan gambar itu, insiden tersebut berlaku di tempat letak kereta blok kediaman dengan seorang pengguna Facebook mendakwa ia berlaku di sekitar Sunway.

Netizen mengkritik tindakan itu dengan kebanyakan mereka menyalahkan ibu bapa budak perempuan tersebut kerana mengambil pendekatan seperti itu untuk menghukum anak mereka.

Malah, ada segelintir netizen turut berkongsi gambar budak perempuan itu dan menggesa laporan polis dibuat agar tindakan segera diambil.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post