Gambar mayat lelaki terjun dari Jambatan Pulau Pinang ditemui bersama beberapa batu-bata

Mayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi Selasa berjaya ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi ini.

Menurut laporan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukri Saad, 38, ditemui sekitar jam 9.02 pagi, kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun.

Baca: Lelaki tinggalkan nota di Facebook sebelum hilang, terjun dari JambatanPulau Pinang

Gambar mayat lelaki terjun dari Jambatan Pulau Pinang ditemui bersama beberapa batu-bata

Gambar mayat lelaki terjun dari Jambatan Pulau Pinang ditemui bersama beberapa batu-bata

Sumber gambar: http://ift.tt/1CMc8G7

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Selasa lalu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 8.40 pagi, mengenai seorang lelaki  yang dipercayai terjun di 11.3km jambatan berkenaan arah Batu Maung.

Kehilangan mangsa disedari oleh seorang anggota peronda yang menemui sebuah motosikal  ditinggalkan di lokasi terbabit.

 

Susulan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat melancarkan usaha menyelamat dan mencari.

Sumber: Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post