Giliran mantan Naib Canselor UM pula persoal Azizan Osman

BELUM muncul dengan sebarang penjelasan, pakar motivasi terkenal, Azizan Osman dilihat mengambil langkah berdiam diri selepas penafian Universiti Malaya mengenai penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Keusahawanan yang dimilikinya.

Giliran mantan Naib Canselor UM pula persoal Azizan Osman

Giliran mantan Naib Canselor UM pula persoal Azizan Osman

Giliran mantan Naib Canselor UM pula persoal Azizan Osman

Baca artikel sebelum: Azizan Osman hapuskan kelulusan PhD dalam profil syarikat

Kenyataan yang dikeluarkan semalam itu nyata mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik serta menjadi topik perbualan ‘hangat’ di laman sosial.

Perkara ini turut mendapat perhatian mantan Naib Canselor UM, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon apabila memuat naik status mengenai perkara itu dalam laman Facebook.

Beliau merupakan Naib Canselor ke-10 UM yang memegang jawatan itu selama lima tahun dari tahun 2008 hingga 2013 mempersoalkan tarikh Azizan menerima Ijazah Kehormat yang didakwa dimiliknya.

“Saya ingin penjelasan dari Azizan Osman bilakah tarikh beliau naik ke pentas terima ijazah kehormat ini?

“Siapakah Tuanku Canselor UM yang menyampaikan skrol pada Azizan dalam upacara konvokesyen itu?,” katanya.

Menurutnya, dengan maklumat berkenaan dapat membantu pihak universiti untuk menyemak dengan mudah.

Bila Tarikh Azizan Naik Pentas Terima PhD?- Mantan VC UM

Beliau menjelaskan tiada sebarang alasan boleh digunakan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak benar.

Katanya, jalan terbaik yang diperlukan Azizan adalah meminta maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan daripada memberikan hujah berhubung kejadian yang boleh dianggap memalukan itu.

Beliau dalam posting di Facebooknya semalam turut mendakwa pemalsuan sijil berlaku di seluruh dunia bukan di Malaysia sahaja.

“Yang penting kalau kita hendak mengambil seseorang bekerja dan kita rasa curiga, kita tulis surat pada universiti yang menganugerahkan sijil itu,” katanya.

Semalam, UM dalam satu kenyataan rasmi menafikan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman seperti yang dibangkitkan dalam laman sosial baru-baru ini.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post