Harga minyak dijangka turun 2% minggu depan

Harga minyak masih lagi terkawal pada Jumaat tetapi dijangka turun 2% minggu depan kerana pasaran tidak pasti Opec mampu menyelaraskan potongan pengeluaran secukupnya untuk membendung bekalan berlebihan.

Harga minyak dijangka turun 2% minggu depan

Harga minyak dijangka turun 2% minggu depan

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan AS$50.48 (RM212.08) setong pada 0642 GMT, naik 1% sejak Khamis.

Minyak mentah West Texas Intermediate turun 1% pada AS$49.71 (RM208.84) setong.

Kedua tanda aras menjunam ke paras terendah sejak 3 minggu lalu pada Rabu, dan menuju ke paras penurunan mingguan terbesar sejak September.

Pedagang berkata pasaran teragak-agak untuk mengerakkan harga ke paras tinggi mahupun rendah kerana ketidakpastian sekitar rancangan memotong pengeluaran minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan pengeluar bukan Opec, terutamanya Rusia.

“Nampaknya mesyuarat Opec dalam masa sebulan masih lagi menjadi tumpuan pasaran, jadi berita pengeluaran Iran dan Iraq dijangka menetapkan nada pasaran sekarang ini,” kata broker minyak Matt Stanley di Freight Investor Services (FIS).

Bank ANZ pada Jumaat berkata harga minyak mentah yang pulih daripada paras rendah sejak tiga minggu lalu didorong oleh berita Opec sedia memotong 4% daripada pengeluaran puncak mereka.

Bagaimanapun, sesetengah penganalisis tidak optimis Opec mampu mengembleng ahli kartel mahupun Rusia.

“Apabila Iraq dan Iran atas pelbagai alasan tidak mahu terlibat dalam usaha untuk memotong pengeluaran, dan Rusia pula mahu paras pengeluaran dibekukan, tanggungjawab kini terletak pada Arab Saudi untuk menjayakan suatu persetujuan,” kata Jeffrey Halley, seorang penganalisis pasaran kanan di firma pembrokeran OANDA di Singapura.

“Nampaknya mesyuarat Opec 30 November nanti payah untuk mencapai sebarang persetujuan apabila separuh daripada kumpulan pengeluar minyak minta dikecualikan.”

BMI Research berkata “mesyuarat Opec 30 November nanti paling mungkin mencapai suatu jenis persetujuan yang dilembutkan kepada campurtangan dalam pasaran minyak” dan “Opec terpaksa bergelut untuk mencari kata sepakat bagi mencapai sasaran pengeluaran 32.50 juta – 33 juta tong sehari, yang dipersetujui pada September.”

Memandangkan keraguan sekitar kemampuan Opec untuk mencantas output dan bekalan berlebihan yang berterusan, BMI menjangka “kebarangkalian harga minyak mentah turun secara signifikan dalam minggu mendatang semakin bertambah”.

 

Sumber: Free Malaysia Today



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post