Jika DOJ benar, Leonardo DiCaprio akan segera pulangkan duit 1MDB

Yayasan milik pelakon tersohor Leonardo DiCaprio akan memulangkan wang 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) jika terbukti dana itu diselewengkan.

Pemenang anugerah Oscar itu, yang diingati ramai melalui filem “Titanic,” juga berkata beliau memberi kerjasama dalam siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat terhadap wang itu, lapor Reuters.

Leonardo DiCaprio serah dana 1MDB jika benar dakwaan DOJ

Leonardo DiCaprio serah dana 1MDB jika benar dakwaan DOJ

Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu menyiasat sejumlah US$100 juta (RM419.6 juta) wang 1MDB yang didakwa diseleweng daripada 1MDB untuk menghasilkan filem lakonannya, “The Wolf of Wall Street.”

Dalam kenyataannya semalam, jurucakap DiCaprio berkata pelakon itu menyedari siasatan tersebut melalui laporan akhbar Julai lalu.

Tambahnya, pelakon “The Revenant” dengan segera mengarahkan wakil-wakilnya menghubungi DOJ untuk memastikan sama ada beliau atau yayasannya Leonardo DiCaprio Foundation (LDF) terlibat.

Jika terlibat, kata jurucakap beliau lagi, DiCaprio ingin memulangkan dengan segera wang tersebut.

“Semua urusan berhubung perkara itu dimulakan daripada pihak DiCaprio dan LDF,” kenyataan itu dipetik.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post