JKM bakal ambil anak mangsa Duke: Netizen bengang dengan menteri, “Ini bukan soal berebut hak penjagaan tapi soal duit derma yang diseleweng!” | Setelah viralnya kes bapa saudara mangsa nahas Duke yang dikatakan telah membolot kesemua wang derma dari orang ramai dan menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri, JKM semalam dalam kenyataannya menyatakan rasa kecewa. Kata JKM dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, mereka akan ambil kedua beradik itu jika pertikaian mengenai hak penjagaan tidak diselesaikan secara baik oleh kedua keluarga.
Baca: Menteri ugut ambil anak nahas Duke jika pertikaian hak penjagaan tidak diselesaikan
Bagi netizen yang membaca berita itu pula, meluahkan rasa sakit hati dan marah dengan JKM dan Menteri Datuk Seri Rohani. Mereka menegaskan pertikaian yang berlaku bukanlah kerana berebut hak penjagaan tapi lebih kepada menuntut semula wang derma hak dua beradik itu. Netizen sendiri dapat lihat kedua beradik itu dijaga dengan baik oleh ibu saudara mereka.
Jadi biarlah dua beradik itu terus berada dalam jagaan ibu saudara. Apa yang perlu difokuskan sekarang adalah kes seleweng duit derma dan menuntut supaya hak anak-anak yatim piatu itu dikembalikan. Bukannya JKM dan menteri menaguk di air keruh mengeluarkan kenyataan yang membuta tuli tanpa tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Berikut merupakan komen dari netizen yang bengang dengan JKM
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW