Kanak-kanak darjah 2 tersepit dalam longkang demi mahu ambil RM1 duit belanja sekolah yang terjatuh

Murid lelaki diselamatkan bomba selepas tersepit dalam longkang lebih 15 minit di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah di sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba Sungai Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan cuba mengambil duit belanja sekolahnya iaitu wang kertas RM1 yang terjatuh di dalam longkang itu.

Kanak-kanak darjah 2 tersepit dalam longkang demi mahu ambil RM1 duit belanja sekolah yang terjatuh

Kanak-kanak darjah 2 tersepit dalam longkang demi mahu ambil RM1 duit belanja sekolah yang terjatuh

“Berikutan gagal keluar dari longkang yang berpenutup besi itu, pihak pengurusan sekolah kemudian menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.

“Setibanya di lokasi, kita bertindak mencungkil penutup longkang dan berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Zaidi, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post